Wednesday, May 29, 2013

Kelesuan Seorang Da'ie


Sejenak ku sendiri memerhati ragam manusiawi dalam pentas pemikiranku
Ragam itu terlalu subjektif
Baik atau buruk juga subjektif
Pemerhatianku terhenti seketika di arena kehidupan seorang dai’e
Mereka aneh
Aneh juga subjektif
Apakah aneh itu istimewa atau aneh itu pelik yang menjengkelkan?
Terpulang kepada sang pemerhati yang lain

Hadirku sekadar mahu membawa
Pemikir-pemikir belayar bersama fantasi yang realiti ini
Duhai dai’e
Siapa dikau sampaikan layak menggelar dirimu seorang da’ie?
Andai dirimu seorang dai’e
Apakah ertinya adab menurut pemikiran dan mata hati seorang da’ie?
Usah kau leteri jutaan kata-kata andai soal adab kau pinggiri jua

Sang pendakwah agama Allah
Sibuk mengejar cinta dunia
Dai’e moden kah kamu?
Dai’e yang mencintai harta lebih dari Allah dan Rasulnya
Dai’e moden yang sibuk mengurus politik peribadi
tenggelam dengan hiburan dan keseronokan
Dai’e pada masa ini
Asyik membina alasan
Da’ie pada akhir zaman ini
Pengecut untuk menyatakan kebenaran
Dai’e yang belajar agama tapi maksiat tak lekang dek mata

Akhirnya duhai dai’e
Dikau lesu di pinggiran
Perjuanganmu suram
Dikau sedih kerana dakwahmu tak disambut
Air matamu air mata dunia
Keluhmu keluh sia-sia
Letihmu tidak berbalas mutiara
Maksiat masih bertimpa-timpa
Malah dikau dibawa juga arus banjir kelalaian
Disinari terik kemaksiatan
Dikau pilu sahabat-sahabat perjuanganmu tercicir
Bukankah dikau yang mencipta sengketa?
Mengapi  hidupkan fitnah dan prasangka?
Hatimu dirompak bukan kerana kejahilan
Malah dirobek dek kebanggan yang bertakhta pada hati
Ayat-ayat saksi “kita ini adalah dai’e” yang meluncuri bibir-bibir sang misteri ini
Membelit seluruh jasad
Malah dirimu dipersalahkan
Berkata mereka yang di dalam jahannam “bukankah dikau yang mendakwahkan padaku di kehidupan yang lalu tentang erti kebaikan?maka apa jawabmu??

“ Ya. Aku berkata tanpa melaksana”
Aduh!
Sakitnya wahai dai’e,
Mengapa wahai rantaian perjuangan Rasulullah?
Ke mana hilangnya peganganmu pada al-Qur’an
Bukankah saiditina Aisyah menceritakan :
“Akhlaq Rasulullah itu adalah al-Qur’an?”

Duhai da’ie separuh jalan..
Letihkah kamu dengan Tuhan?
Penatkah kamu menunngu kemenangan agama Sang Esa?
Jemukah kamu mengikat hatimu pada rantaian Rasulullah?
Atau apakah ragam manusia itu dikau jadikan alasan

Ihsan Allah tiada penghujungnya
Kelak Islam akan berjaya
Andai Islam mahu diangkat
DIA tak perlukan kita
Malah kebinasaan itu bila-bila masa bisa menerobos bumi
Adanya kamu kerana rahmatnya dan ihsannya
Menabur peluang baktimu ditanam
Agar pohon amalmu di syurga sana
Merimbun menjejaki bawahan

Wahai dai’e berjiwa suci
Ikhlaskan hatimu pada ikatan ini
Bersabar lah
Kemenangan pasti tiba menyebelahimu.


Hak cipta terpelihara :

Siti Nuur Afiqah binti Mohd Saleh
Usuluddin,UIAM
Sabtu, 21 September 2012
8.18 malam
Aminah, J.3.1


No comments:

Post a Comment