Wednesday, May 29, 2013

Mendepani Isu Pluralisme Agama

Dalam meredah arus globalisasi dunia, segalanya bersifat global. Hal ini kerana dunia sudah berada dihujung jari. Pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja penduduk timur boleh berhubung dengan penduduk barat. Begitu juga sebaliknya. Oleh kerana itu, tidak dapat tidak segalanya pasti dikongsi bersama. Pada satu sudut kita melihat ia sebagai suatu perkara positif apabila  susah dan senang mampu dikongsikan bersama. Namun begitu, setiap perkara pasti ada kesan baik dan buruknya, kelebihan dan kekurangannya. Kemudahan dunia global ini telah memudahkan segala isme barat diimport dan budaya timur juga dieksport. Maka, sekelip mata sahaja faham sekularisme, feminisme, capitalisme, dan pluralisme tersebar luas ke seluruh pelusuk dunia. Malaysia juga yang sentiasa berpaksikan barat tidak ketinggalan untuk berperanserta dan memahami konsep ini tanpa menyelidiki hakikat dan realiti isme-isme ini.

Mengungkap istilah pluralisme, memberi bayangan tentang situasi penduduk berbilang kaum di Malaysia. Sacara zahirnya, tentu sahaja fahaman ini begitu mudah diterima dalam situasi negara majmuk dan penduduk berbilang kaum. Konsep muhibah dan 1 malaysia seolah-olah menerima faham pluralisme agama secara terang-terangan. Namun, perlu diselidiki hal ini dengan lebih teliti. Pluralisme adalah berasal daripada perkataan "plural" yang mana dalam istilah bahasa inggerisnya bermaksud banyak atau lebih dari satu atau dua entiti. Pluralisme berbeza dengan pluraliti dari segi bahasa dan istilahnya. Pluraliti bermaksud kepelbagaian yang wujud dalam sebuah ruang atau keadaan. Manakala pluralisme bermaksud menyamakan kesemua kepelbagaian dan menggabungkannya menjadi satu. Faham ini bukan sahaja terkenal di Malaysia malah sangat enak digunapakai di Singapura, Indonesia, Cina, dan masyarakat di seluruh negara.

Pluralisme agama dalam bahasa mudahnya bertindak sebagai agama pertengahan antara dua agama atau faham yang ekstrim iaitu golongan eksklusivisme dan inklusivisme. Golongan eksklusivisme atau absolutisme adalah golongan yang ekstrim dengan agama atau faham yang satu. Mereka menganggap agama atau faham lain itu seratu peratus salah. Agama-agama yang berlatar belakangkan agama nabi Ibrahim iaitu agama Yahudi, Kristian, dan Islam adalah termasuk dalam golongan ini.  Manakala golongan yang berfahaman inklusivisme ini pula berpendirian bahawa hanya ada satu agama yang betul tetapi semua agama ada juga sebahagian ajarannya yang betul. Oleh sebab itu pluralisme dihadirkan sebagai langkah mengatasi permasalahan kepelbagaian agama ini. Maka dihidangkan sajian yang istimewa iaitu semua agama adalah sama. Semua menyembah tuhan yang sama tetapi cara yang berbeza dan setiap agama ada tuhan perantaraan yang tersendiri kerana tidak ada yang mampu mencapai Tuhan yang transenden, dan semua agama saling-lengkap melengkapi. Kononnya mengangkat nilai-nilai murni seperti toleransi dan memahami antara satu sama lain.

Kekeliruan ini amat merunsingkan apabila ia dibawa masuk ke dalam pemikiran penduduk berbilang kaum yang tidak memahami konsep. Maka perlu lah ada penjelasan yang jelas mengenai pluralisme agama dan bagaimana caranya mendepani isu seperti ini. Masyarakat yang suka bertaqlid perlu diisi mentalnya dengan ilmu yang bermanfaat. Bagi mengatasi masalah ini, penegasan semula tentang konsep tauhid perlu diperkukuh. Tauhid yang bermaksud mengesakan atau berpaksi pada kesaan Allah s.w.t. merupakan suatu pandangan alam yang dijadikan pusat rujukan dalam Islam. Tauhid merupakan budaya dan ketamadunan yang dibina oleh Islam. Tauhid memberi pengertian bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Islam melihat semua hal ehwal dunia menggunakan kacamata tauhid. Hal ini membolehkan seseorang individu itu melihat dan memahami realiti.

Dalam memahami isi kandungan tauhid, perlu diteliti prinsipnya. Terdapat lima prinsip tauhid iaitu yang pertama adalah dualiti. Terdapat dua entiti dalam kehidupan ini iaitu Tuhan dan makhluk atau Tuhan dan selain Tuhan. Yang dinamakan Tuhan itu adalah yang melampaui masa dan ruang, melangkaui pengalaman manusia, tidak punya pasangan atau sekutu. Manakala yang dinamakan ciptaan pula adalah yang seiring atau yang berada dalam ruang dan waktu, dirasakan dengan pengalaman manusia, termasuk yang tidak bernyawa. Pencipta dan ciptaan terlalu jauh jaraknya dari segala aspek termasuklah zat, ontoligi, pengalaman, dan bidang tugasnya. Tidak akan mungkin Tuhan melakukan transformasi ke dalam diri manusia dan juga tidak mungkin manusia menjadi Tuhan. Prinsip yang kedua adalah keterikatan atau hubungan antara Tuhan dan makhluk atau dalam istilahnya ialah "ideationaliti". Manusia dikurniakan fakulti akal yang kuat dan mampu memahami kehendak dan kekuasaan Ilahi samada secara lansung melalui wahyu atau dengan bertadabur alam. Seterusnya, disebabkan kesedaran ini maka manusia mengetahui dan memahami bahawa dia tidak diciptakan dengan sia-sia. Prinsip ini dinamakan teleologi. Dunia ini adalah kosmos dan tidak sama sekali berlawanan, peraturannya adalah berlaku secara fitrah yang dikurniakan oleh Tuhan. Manusia diciptakan dengan kebebasan untuk mempunyai kehendak dan bebas bertindakagar dapat menyedari tujuan kejadian. Kesedaran ini lah yang mampu memberi nilai pada setiap tindakan dan menjadikan manusia itu bermoral. Seterusnya, keupayaan manusia untuk bertindak dengan moral menjadikan manusia istimewa. Setiap ciptaan mempunyai keupayaan yang berbeza-beza. Makhluk lain diciptakan penuh dengan peraturan yang indah bagi berkhidmat kepada manusia. Tumbuhan dengan proses fotosintesis dan oksigennya, haiwan yang seringkali menjadi korban kelaparan manusia, laut yang terbentang luas untuk pelbagai guna, matahari, bulan, dan bintang yang  berkhidmat memberi sinar dan keindahan pada kehidupan manusia. Banyak lagi kejadian alam yang tidak terhitung keajaibannya. Semua ini adalah anugerah Tuhan untuk semua makhluk bersyukur dan mengabdikan diri kepadanya. Manusia pula dilantik sebagai pengelola atau khalifah bumi yang nyata. Maka tidak ada istilah dosa asal, teori evolusi, dan macam-macam lagi. Akhir sekali, manusia akan melihat bahawa hakikat semua yang berlaku ini adalah agar manusia bertanggungjawab. Hal ini kerana tindakan moral akan hadir bersama-sama dengan tanggungjawab. Hanya sahaja manusia yang bertanggungjawab mampu menjadi terbaik untuk Tuhannya. Akhirnya dia akan kembali kepada tauhid. Ini lah yang mementingkan tauhid dalam kehidupan manusia agar segalanya berpusat kepada yang esa. Tanpa tauhid maka tiadalah Islam. Allah s.w.t berfirman :

لو كان فيهما آلهة إلا الله لفسدتا فسبحان الله رب العرش عما يصفون 

Qur'an; 21:22

Islam telah punya pandangan alam yang indah, sempurna dan menarik. Oleh itu, tidak mungkin Islam mengimport pandangan alam yang lain. Islam bukanlah agama yang tidak bertoleransi tetapi indahnya Islam kerana toleransi dalan ketegasan. Islam berpegang teguh pada prinsipnya sendiri dan pada masa yang sama menyantuni agama-agama lain dalam hal hak-hak mereka yang tidak dapat dinafikan. Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah memaksakan orang bukan Islam untuk memluk Islam kerana tidak pernah ada paksaan dalam lslam.Begitu juga para sahabat Rasulullah s.a.w. Saidina Abu Bakar sebagai contoh ketika memerangi golongan ar-riddah, beliau tidak memernagi mereka kerana kemurtadan mereka tetapi kerana propaganda dan penyebaran murtad yang mereka canaang-canangkan. 

Sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum dan hidup dalam suasana muhibbah. Oleh itu,kita mengakui dan menerima kepelbagaian ini dengan penuh hati terbuka namun saling hormat- menghormati. Islam perlu menghormati perayaan agama lain sebagai contoh, tetapi tidaklah sampai meraikannya bersama. Muslim juga perlu membezakan perayaan agama dan budaya. Perayaan budaya seperti Tahu Baru Cina boleh draikan bersama tetapi perayaan yang melibatkan agama seperti Deepavali dan Krismas tidak boleh diraikan bersama.






No comments:

Post a Comment